Flood Relief - Pahang 25th December 2021

Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) tidak ketinggalan turut serta membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang. MAVMA yang diwakili oleh Dr Hisham telah menyampaikan bantuan berupa peralatan mencuci rumah dan makanan kepada 100 orang penduduk di Taman Seri Semantan, Temerloh. Mangsa banjir dari Taman Seri Semantan baru sahaja dibenarkan pulang ke kediaman mereka dari pusat penempatan banjir setelah rumah-rumah mereka telah ditenggelami air banjir. Aktiviti ini turut dibantu juga oleh beberapa orang graduan dari Kolej Pertanian Malaysia dan UPM.